Selasa, 28 Januari 2020

Doa abi darda'




Pantun sifat 20

*PANTUN SIFAT 20*

*1. WUJUD*وجود
Wujud ALLAH wajib ada
Wujud kita harus sahaja
Wujud ALLAH dapat dirasa 
Namun ia tak dapat diduga.

*2. QIDAM*قدم
Ada ALLAH, tiada mula
Sejak azali, Dia sedia
Ada kita diciptakanNya
Dari tiada kepada ada.

*3. BAQA*بقاء
Ada ALLAH, kekal sentiasa
Tiada yang mengubahNya
Ada kita binasa akhirnya
Datang dariNya, pulang kepadaNya.

*4. MUKHOLAFAH LIL HAWADIS*مخالفته للحوادث
Ada ALLAH, tiada serupa
Tak berbentuk dan berupa
Tak bertempat di mana jua
Tidak takluk pada masa.

*5. QIAMUHU BI NAFSIHI*قيامه بنفسه
Ada ALLAH, sendiri sahaja
Tak berhajat pada apa jua
Cukuplah Dia dengan DiriNya
Bahkan kita yang perlu padaNya.

*6. WAHDANIYYAH*وحدانيه
Ada ALLAH, Esa sahaja
Tidak berbilang apa pun jua
Tidak bersusun dari apa-apa
Anak tiada bapa pun tiada.

*7. QUDRAT*قدرة
Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.

*8. IRADAT*ارادة
Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.

*9. ILMU*علم
Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.

*10. HAYAT*حياة
Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

*11. SAMA'*سمع
Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.

*12. BASYOR*بصر
Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya jua
Baik buruk pasti dihitungNya.

*13. KALAM*کلام
Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.

*14. KAUNUHU TA'ALA QADIRAN*کونه قادرا
Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.

*15. KAUNUHU TA' ALA MURIDAN*کونه مريدا
Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.

*16. KAUNUHU TA'ALA 'ALIMAN*کونه عليما
Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.

*17. KAUNUHU TA'ALA HAYYAN*کونه حيا
Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

*18. KAUNUHU TA'ALA SAMI'AN*کونه سميعا
Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.

*19. KAUNUHU TA'ALA BASHIRON*کونه بصيرا
Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya jua
Baik buruk pasti dihitungNya.

*20. KAUNUHU TA'ALA MUKTAKALIMAN* کونه متکلما
Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.

Jadual UPKK

Jadual UPKK 2020

جدوال او.ڤ.ک.ک تاهون 2020

Jumaat, 24 Januari 2020

Kata kata hikmah

Belajarlah adab sebelum mempelajari Ilmu, kerana Adab adalah lebih berharga dari emas yang dimiliki.

Imam Malik bin Anas pula (guru kepada Imam Syafie) pernah menasihati seorang lelaki dari bangsa Quraisy dengan kata beliau yang cukup menarik iaitu:

”Wahai anak saudaraku, belajarlah (ilmu) adab sebelum kamu mempelajari ilmu (agama).”

Khamis, 23 Januari 2020

Motivasi

Intipati Seminar
Prof. Dato' Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah
7 Mei 2016
Dewan Serbaguna Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan Bangi

Memperkasa Guru Sebagai Inspirer

1. Inspirer - orang lain nak jadi macam dia.

2. Jika kita tidak mendoakan guru² kita, jangan kita harap murid² mendoakan kita.

3. Hadiahkan al-fatihah kepada org yg kita sayang, org yg kita benci, org yg benci kita untuk bina roh yang serasi.

4. Hadiahkan al-fatihah kpd anak² dan isteri/suami setiap hari, perubahan akan disedari dgn anak² akan menjadi anak² yg soleh/solehah dan mudah mendengar kata dan isteri/suami yang penyayang.

5. Guru adalah arkitek insan.

6. Kajian menunjukkan hanya 2-3% murid² yang sayang semua gurunya.

7. Kajian menunjukkan biasanya guru perempuan lebih berkesan mengajar pelajar perempuan dan guru lelaki lebih berkesan mengajar pelajar lelaki.

8. Arahan kepada murid lelaki kena sedikit, arahan kepada murid perempuan kena detail.

9. Makan buah apabila perut kosong (sarapan/sahur/dsb) menjadikan perut beralkali dan penyakit sukar bertapak.

10. Anak kedua dalam keluarga biasanya sgt mencabar untuk dididik.

11. Kita berfikir dalam bentuk gambar yang dirangsang dengan perkataan.

12. Kita bertindak mengikut gambar dalam minda.

13. Minda tidak dapat bezakan antara realiti dan fantasi.

14. Kita boleh berhubung melalui minda.

15. Fikiran yang beremosi akan menarik emosi yang sama.

16. Budak² yang nakal sewaktu kecil biasanya menjadi org yg bijaksana apabila dewasa kerana otaknya berjalan dan berfungsi dgn baik.

17. Gadjet bertujuan mendekatkan yg jauh dan bukan menjauhkan yg dekat.

18. Org yang tdk berubah dgn lebih baik 2 hari berturut² pasti gagal.

19. Budak yg gagap biasanya sgt bijak kerana kelajuan otaknya berfungsi mengatasi fungsi otot mulut.

20. Gelang kaki adalah laluan jin ke dalam tubuh badan manusia.

21. Prinsip menegur adalah puji dahulu, kemudian tegur.

22. Tabiat baru terbentuk dalam 40 hari.

23. Org yg hatinya baik, pasti keluar dr mulutnya yg baik².

24. Bila kita rasa kita dah baik sebenarnya kita adalah jahat.

25. Undang² minda : benci menarik benci, sayang menarik sayang.

26. Kekuatan minda terbentuk melalui solat dan doa.

27. Guru yang menyentuh hati pelajarnya secara positif akan menyinari hidup pelajar utk seumur hidupnya.

28. Sesiapa yg tidak berterima kasih sesama manusia sebenarnya tidak tahu bersyukur kpd tuhan.

29. Bayi jatuh lebih kurang 1000 kali sebelum dapat berjalan dan akhirnya berlari.

30. Kecemerlangan bukan satu tindakan tp satu tabiat.

31. Jangan harap pelajar berubah sebelum guru berubah.

32. Bila dah biasa buat silap, maka yg silap terasa betul dan yg betul terasa silap.

33. Walaupun ramai org yg buat, yg salah tetap salah.

34. Beratus fikiran negatif dapat dipadam dengan satu pujian yg jelas dan ikhlas.

35. Pelajar akan bertindak apabila hati mereka tersentuh.

36. Tuhan bertindak seperti mana yg difikirkan oleh hambaNya.

37. Jika kita berubah dalaman dan luaran, tuhan akan ubah semua org dan makhluk di sekitar kita.

38. Satu fikiran yg positif pd waktu pagi, menyebabkan sepanjang hari menjadi positif.

39. Solat taubat setiap malam kerana kita tidak tahu adakah kita akan bangkit lg esok pg.

40. Maafkan semua org sebelum tidur.

41. Kemaafan dpt menjadikan hati,jiwa dan fikiran kita tenang, badan yg sihat, wajah yg berseri, doa mudah dimakbulkan, menarik hidayah tuhan, semua org menjadi sayang dan membuka pintu rezeki.

42. Tidur mengiring ke kanan dapat mengurangkan tekanan ke atas jantung.

43. Amalkan bangun sahaja dari tidur terus senyum dan berdoa. Badan menghasilkan hormon positif walaupun melalui senyum yg dibuat².

44. Makan buah sebelum sarapan, tghri dan malam terbukti mengurangkan risiko penyakit dari perut.

45. Amalkan masuk rumah baca basmallah dan surah al-ikhlas, senyum, beri salam dan masuk dgn kaki kanan. Ahli rumah sentiasa dilimpahi ketenangan.

46. Keluar rumah dgn sentiasa berniat mencari redha Allah.

47. Sentiasa doakan pelajar, ibu bapa pelajar, teman sekerja dan org lain.

چرتا اورݢانيساسي ݢورو کافا


باريسن ڤنتدبير سکوله


Sabtu, 18 Januari 2020

Jumaat, 17 Januari 2020

السلام عليکم،
سلامت داتڠ ک بلوݢ کافا سکوله کبڠساءن کوبڠ کواو
Assalamualaikum,
selamat datang ke blog kafa sk kubang kuau